Anda perlukan tempat untuk menjual dan mempromosikan perniagaan anda?
Inilah peluang anda! Kami di 'M.C.I.O Unity Fest 2016' ingin membuka lebih ruang untuk anda dengan harga yang berpatutan.
Sertai kami menjadi sebahagian daripada keluarga 'M.C.I.O Unity Fest 2016' dengan pelbagai lagi program menarik yang kami akan bawakan.
Terbuka kepada semua kaum didalam Malaysia!
Untuk maklumat lanjut sila hubungi pejabat kami di 03 - 5613 2040 atau boleh terus berhubung menggunakan email di mciounityfest@gmail.com
Tarikh:
13-15 Mei 2016
Tempat:
Bulatan Bazarena, Stadium Malawati, Shah Alam
"SIAPA CEPAT DIA DAPAT!"
Monday, 15 February 2016
Friday, 22 January 2016
PERMOHONAN PENYEWAAN TAPAK JUALAN 'M.C.I.O UNITY FEST 2016' KINI DIBUKA
Terdapat pelbagai aktiviti yang akan dijalankan sepanjang 3 hari festival ini berlangsung sesuai untuk semua lapisan masyarakat daripada kecil hingga ke dewasa dan juga pelbagai aktiviti riadah bersama keluarga.
Sebarang pertanyaan mengenai 'M.C.I.O Unity Fest 2016' bolehlah menghubungi pejabat Pertubuhan Kebajikan M.C.I.O ditalian 03 - 5613 2040 / 03 - 5613 2041 atau emailkan kepada mciounityfest@gmail.com dan jika ingin mengetahui tentang perkembangan lanjut tentang 'M.C.I.O Unity Fest 2016' boleh lawati facebook rasmi kami di MCIO Unity Fest dan juga twitter/instagram rasmi @mciounityfest
Jadi apa tunggu lagi, jangan lepaskan peluang keemasan ini. BERSAMA KITA MENGUKUHKAN PERPADUAN.
Thursday, 21 January 2016
PENGENALAN 'M.C.I.O UNITY FEST 2016'
M.C.I.O adalah singkatan kepada Malay, Chinese,
Indian and Others atau Melayu, Cina, India dan Lain-Lain Kaum. Ia adalah salah
satu usaha dan inisiatif bagi menyediakan pelbagai perkhidmatan seperti
nasihat, saluran yang tepat dan bantuan kebajikan kepada semua rakyat Malaysia
dan berperanan sebagai pusat untuk menyimpan data semua rekod atau aduan yang
diterima untuk penambahbaikan berterusan.
Malay, Chinese, Indian
and Others (M.C.I.O) adalah satu badan yang ditubuhkan bertujuan memberi penjelasan kepada rakyat Malaysia tentang sebarang kekeliruan yang timbul dalam
segenap aspek dan memantau setiap tindakan yang diambil diatas setiap aduan
diterima. Ini secara tidak langsung menyokong transformasi kerajaan ke arah
kesinambungan kemajuan dan kesejahteraan generasi akan datang.
‘M.C.I.O UNITY FEST 2016’ yang dianjurkan oleh Pertubuhan
Kebajikan M.C.I.O adalah satu inisiatif untuk meningkatkan kesedaran berkenaan
objektif utama kewujudan Pertubuhan Kebajikan M.C.I.O kepada masyarakat umum
dan mengharmonikan kekaburan di kalangan masyarakat seterusnya dapat
menambahkan maklumat berkaitan Pertubuhan Kebajikan M.C.I.O kepada mereka.
Matlamat festival ini
ialah untuk memberi maklum objektif utama kewujudan Pertubuhan Kebajikan M.C.I.O.
Pada masa yang sama festival ini diharapkan dapat mewujudkan satu platform
untuk masyarakat dan kakitangan / pegawai agensi-agensi yang berkaitan yang
menyokong penuh Pertubuhan Kebajikan M.C.I.O ini bertukar-tukar pendapat
berkenaan fungsi Pertubuhan Kebajikan M.C.I.O.
Subscribe to:
Posts (Atom)

