Thursday, 21 January 2016

PENGENALAN 'M.C.I.O UNITY FEST 2016'

M.C.I.O adalah singkatan kepada Malay, Chinese, Indian and Others atau Melayu, Cina, India dan Lain-Lain Kaum. Ia adalah salah satu usaha dan inisiatif bagi menyediakan pelbagai perkhidmatan seperti nasihat, saluran yang tepat dan bantuan kebajikan kepada semua rakyat Malaysia dan berperanan sebagai pusat untuk menyimpan data semua rekod atau aduan yang diterima untuk penambahbaikan berterusan.

Malay, Chinese, Indian and Others (M.C.I.O) adalah satu badan yang ditubuhkan bertujuan memberi penjelasan kepada rakyat Malaysia tentang sebarang kekeliruan yang timbul dalam segenap aspek dan memantau setiap tindakan yang diambil diatas setiap aduan diterima. Ini secara tidak langsung menyokong transformasi kerajaan ke arah kesinambungan kemajuan dan kesejahteraan generasi akan datang.

M.C.I.O UNITY FEST 2016’ yang dianjurkan oleh Pertubuhan Kebajikan M.C.I.O adalah satu inisiatif untuk meningkatkan kesedaran berkenaan objektif utama kewujudan Pertubuhan Kebajikan M.C.I.O kepada masyarakat umum dan mengharmonikan kekaburan di kalangan masyarakat seterusnya dapat menambahkan maklumat berkaitan Pertubuhan Kebajikan M.C.I.O kepada mereka.

Matlamat festival ini ialah untuk memberi maklum objektif utama kewujudan Pertubuhan Kebajikan M.C.I.O. Pada masa yang sama festival ini diharapkan dapat mewujudkan satu platform untuk masyarakat dan kakitangan / pegawai agensi-agensi yang berkaitan yang menyokong penuh Pertubuhan Kebajikan M.C.I.O ini bertukar-tukar pendapat berkenaan fungsi Pertubuhan Kebajikan M.C.I.O.

No comments:

Post a Comment