Friday, 22 January 2016

PERMOHONAN PENYEWAAN TAPAK JUALAN 'M.C.I.O UNITY FEST 2016' KINI DIBUKA

Peluang menjadi sebahagian daripada keluarga 'M.C.I.O Unity Fest 2016' kini dibuka. Sertai kami selama 3 hari bermula 13 sehingga 15 Mei 2016 di Bulatan Bazaarena, Stadium Malawati, Shah Alam. Penyewaan tapak jualan terbuka kepada semua tidak mengira bangsa bagi menyemarakkan lagi semangat perpaduan semua kaum didalam Malaysia.

Terdapat pelbagai aktiviti yang akan dijalankan sepanjang 3 hari festival ini berlangsung sesuai untuk semua lapisan masyarakat daripada kecil hingga ke dewasa dan juga pelbagai aktiviti riadah bersama keluarga.

Sebarang pertanyaan mengenai 'M.C.I.O Unity Fest 2016' bolehlah menghubungi pejabat Pertubuhan Kebajikan M.C.I.O ditalian 03 - 5613 2040 / 03 - 5613 2041 atau emailkan kepada mciounityfest@gmail.com dan jika ingin mengetahui tentang perkembangan lanjut tentang 'M.C.I.O Unity Fest 2016' boleh lawati facebook rasmi kami di MCIO Unity Fest dan juga twitter/instagram rasmi @mciounityfest

Jadi apa tunggu lagi, jangan lepaskan peluang keemasan ini. BERSAMA KITA MENGUKUHKAN PERPADUAN.

Thursday, 21 January 2016

PENGENALAN 'M.C.I.O UNITY FEST 2016'

M.C.I.O adalah singkatan kepada Malay, Chinese, Indian and Others atau Melayu, Cina, India dan Lain-Lain Kaum. Ia adalah salah satu usaha dan inisiatif bagi menyediakan pelbagai perkhidmatan seperti nasihat, saluran yang tepat dan bantuan kebajikan kepada semua rakyat Malaysia dan berperanan sebagai pusat untuk menyimpan data semua rekod atau aduan yang diterima untuk penambahbaikan berterusan.

Malay, Chinese, Indian and Others (M.C.I.O) adalah satu badan yang ditubuhkan bertujuan memberi penjelasan kepada rakyat Malaysia tentang sebarang kekeliruan yang timbul dalam segenap aspek dan memantau setiap tindakan yang diambil diatas setiap aduan diterima. Ini secara tidak langsung menyokong transformasi kerajaan ke arah kesinambungan kemajuan dan kesejahteraan generasi akan datang.

M.C.I.O UNITY FEST 2016’ yang dianjurkan oleh Pertubuhan Kebajikan M.C.I.O adalah satu inisiatif untuk meningkatkan kesedaran berkenaan objektif utama kewujudan Pertubuhan Kebajikan M.C.I.O kepada masyarakat umum dan mengharmonikan kekaburan di kalangan masyarakat seterusnya dapat menambahkan maklumat berkaitan Pertubuhan Kebajikan M.C.I.O kepada mereka.

Matlamat festival ini ialah untuk memberi maklum objektif utama kewujudan Pertubuhan Kebajikan M.C.I.O. Pada masa yang sama festival ini diharapkan dapat mewujudkan satu platform untuk masyarakat dan kakitangan / pegawai agensi-agensi yang berkaitan yang menyokong penuh Pertubuhan Kebajikan M.C.I.O ini bertukar-tukar pendapat berkenaan fungsi Pertubuhan Kebajikan M.C.I.O.